Saturday 22 October 2011

Alat Muzik Tradisional Malaysia (Erofon, Idiofon dan Erofon Bebas)

Dalam entri ini, tiga lagi kategori alat muzik tradisional akan dibincangkan. Kategori-kategori itu ialah Erofon, dan Idiofon.


Erofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin pada lubang udara. 
Contoh : serunai, seruling, selumpit, selumpit dan nafiri.


  1. Serunai
  • Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. 
  • Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. 
  • Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.




2.Seruling
  • Sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan datang dengan beberapa bentuk rekaan yang mempunyai bilangan lubang yang berbeza.
  • Alat muzik ini merupakan alat muzik tempatan bagi kepulauan Asia Tenggara. Sebagai contoh, seruling digunakan dalam persembahan caklempong yang popular di Negeri Sembilan. 
  • Seruling dilagukan dengan meniup hujung bahagian atas dan meletakkan jari diatas lubang lubang yang terdapat pada badan seruling.
Idiofon
Alat muzik dalam kategori ini merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi secara spontan melalui kaedah kaedahs perti melagakan, menggoyangkan dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi alat muzik tersebut. 
Antara contoh alat muzik dalam kategori ini adalah gong, canang, caklempong dan angklung.
  1. Angklung
  • Ia diperbuat daripada batang batang buluh dengan ukuran panjang yang berbeza antara satu sama lain dan setiap satunya mempunyai pic yang tertentu. batang batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujung yang lain. Dua hingga tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak dan menghasilkan bunyi apabila bingkai ini digoncang. 
  • Angklung digunakan dalam muzik iringan bagi tarian kuda kepang di Johor. Keupayaan angklungs sebagai alat muzik tidak terhad kepada persembahan kebudayaan tradisonal sahaja, malahan ia juga digunakan untuk memainkan lagu lagu berentak moden. Alat muzik ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai satu alat muzik warisan dunia
    2. Caklempong
  • Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. 
  • Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu.
  • Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

0 comments: