Saturday 15 October 2011

Alat Muzik Tradisional Malaysia (Kordofon & Membranofon)

Penggunaan alat muzik tradisional di negara ini bukan sahaja bertujuan untuk menghasilakan muzik. Ia juga merupakan bahan estetika yang amat penting dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa di negara ini. ia digunakan sebagai penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utamanya sebagai alat hiburan.

Secara umumnya, alat muzik tradisional Malaysia dapat dibahagikan kepada lima kategori utama. Kategori-kategorinya adalah :
  1. Kordofon
  2. Membranofon
  3. Erofon
  4. Idiofon
  5. Erofon Bebas.
 Kordofon.

 Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan.  Alay muzik dalam kumpulan ini dikategorikan berdasarkan hubungan antara bunyi dengan komponen resonans. Komponen resonans memimik getaran asal dan bergetar dengan bunyi yang lebih kuat berbanding dengan bunyi getaran asal. Sub kategori kordofon bergantung pada cara tali pada instrumen dimainkan (dipetik atau digesek) dan jenis komponen resonans. Alat-alat muzik seperti rebab, biola, gambus, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Sub-kategori bagi kategori ini adalah seperti berikut :
  • Zither : Dalam kategori ini,tali diregangkan merentasi komponen resonans atau di antara dua komponen resonans. Komponen resonans boleh jadi satu tiub berongga, bentuk labu, kotak berongga atau mungkin lubang di atas tanah. Sesetengahnya mempunyai ruang untuk ditekan dengan jari (fingerboards) sama ada berfret atau tidak, dan sesetengahnya mempunyai berbilang tali yang diregangkan di antara dua komponen resonans dan dimainkan sama ada dengan mengetuk tali (piano, hammered dulcimer) atau memetik tali (harpsichord or Appalachian dulcimer)
  • Lute : Dalam kumpulan kecapi lutes, tali diregang merentasi komponen resonan dan mempunyai leher (neck) dan dimainkan sama ada dengan memetik tali (gitar,banjo sape, bilikan, gambus, sundatang atau menggunakan penggesek (violin,rebab, fiddle)

Contoh kordofon dari sub-kategori lute (rebab)
  • Lyre : tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang dipisahkan oleh suatu ruang.
  • Harp : tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang berbentuk seperti leher tetapi lebih kecil dan bersudut berbanding kumpulan kecapi(seperti harp orkestra dan harp Irish
  • Bow : tali diregang dari satu hujung ke hujung yang lain sama ada merentasi komponen resonans atau tidak, dan dimainkan secara petikan atau dengan penggesek (kordofon berbentuk seperti busar panah).



Contoh persembahan menggunakan instrumen dari kategori kordofon

Membranofon.
Dalam kategori membranofon, bunyi yang dihasilkan bermula dari getaran membran (sperti kulit haiwan) yang teregang merentasi komponen resonans. Alat muzik dalam kategori ini boleh di sub-kategorikan lagi mengikut bentuk komponen resonans instrumen tersebut.

Sub kategori membranofon adalah :
  • Kumpulan tubular dibahagikan kepada bentuk silinder, kon, tong, panjang, berpinggang (seperti jam pasir), piala, dan berkaki seperti gedombak, gendang, geduk, klong.
  • Berbentuk seperti cerek dengan tapak yang bulat (Kettledrums,vessel drums).
  • Bentuk yang berbingkai dimana membran diregang merentasi suatu bingkai (kompang, rebana, tamborin).
  • Kumpulan mirliton dimana membran digetarkan dengan menghembus udara merentasinya. Mirliton adalah satu-satunya sub-kategori membranofon yang bukan dram.

0 comments: