Monday 17 October 2011

Pergerakan Asas - Bahagian 1

Terdapat beberapa pergerakan asas yang boleh diajarkan kepada murid murid. Pergerakan boleh memberi warna kepada muzik yang dimainkan. Dalam entri ini, 7 pergerakan akan diterangkan.

Petunjuk menepuk irama : 

  • Tum : tekanan pada bit
  • Ta : bit pendek
  • & :  Berhenti seketika atau menukar aksi
Pergerakan 1 : Jalan
Langkah kaki yang berterusan dengan berselang seli, seiringan itu, tangan diayun berlawanan dengan kaki ; langkah kiri kanan dan tangan kiri ke hadapan
Tiada ketetapan khusus bagi tempo, arah dan aras untuk pergerakan ini.
Tepuk : tum, tum, tum, tum


Pergerakan 2 : Lari
Dalam pergerakan ini, langkah cepat yang sekata dilakukan dalam jarak dan dinamik tenaga yang pelbagai. Ia dilakukan dengan satu kaki menolak kepada kaki yang satu lagi. Seiringan itu, tangan diayun berlawanan dengan kaki dan ia mempunyai banyak arah dan aras tenaga. 
Tepuk pantas : ta, ta, ta, ta, ta, ta, ta,



Pergerakan 3 : Kawad
Pergerakan ini melibatkan langkah bersemangat yang sekata; kaki yang menyokong hendaklah sentiasa lurus manakala kaki yang diangkat bengkok dilutut dan paha selari dengan lantai. Pergerakan ini mempunyai banyak arah dan corak serta tangan diayun berlawanan dengan kaki.
Tepuk : tum, tum, tum, tum, tum



Pergerakan 4 : Gallop
Pergerakan berirama ini dilakukan dengan kaki yang sama melangkah ke hadapan dan satu kaki melangkah ke hadapan dan kaki belakang menolak  sambil menghenjut. Tangan diayun berlawanan dengan kaki.
Tepuk: ta tum, ta tum, ta tum, ta tum


Pergerakan 5 : Seret
Langkah asas dengan lutut bengkok sedikit sementara sebelah kaki lagi diseret dilantai. Satu kaki mendahului  dan sebelah lagi diseret untuk rapat dan seterusnya. Posisi tangan pelbagai samada:
  • Tangan di pinggang
  • Tangan depa di sisi
  • Tangan di ayun berlawanan dengan kaki yang diseret.
Tepuk: tum, tum, tum, tum



Pergerakan 6 : Ketingting
Sentiasa dilakukan atas satu kaki dengan lompatan yang terhentihenti. Ketingting biasanya dilakukan dalam beberapa urutan. Untuk mengimbang; Tangan dipinggang atau depa di sisi

Tepuk: Ta, ta, ta, ta. Ta, ta, ta, ta




Pergerakan 7 : Lompat
Dilakukan dengan kedua-dua belah kaki meninggalkan lantai dan menjejak ke lantai secara bersama. Ketika  meninggalkan lantai, bengkokkan lutut dan kedua-dua kaki menekan ke lantai bagi mendapatkan tenaga untuk menolak ke atas. Ketika menjejak ke lantai, kedua-dua belah kaki menjejak dengan yakin secara berurutan: mula depan kaki, kemudian tumit, kemudian lutut bengkok untuk menyerap kejutan ketika menjejak. Tangan Depa disisi untuk mengimbang.
Tepuk: tum, tum, tum, tum



0 comments: