Saturday 22 October 2011

Alat Muzik Tradisional Malaysia (Erofon, Idiofon dan Erofon Bebas)

Dalam entri ini, tiga lagi kategori alat muzik tradisional akan dibincangkan. Kategori-kategori itu ialah Erofon, dan Idiofon.


Erofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin pada lubang udara. 
Contoh : serunai, seruling, selumpit, selumpit dan nafiri.


  1. Serunai
  • Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. 
  • Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. 
  • Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.




2.Seruling
  • Sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan datang dengan beberapa bentuk rekaan yang mempunyai bilangan lubang yang berbeza.
  • Alat muzik ini merupakan alat muzik tempatan bagi kepulauan Asia Tenggara. Sebagai contoh, seruling digunakan dalam persembahan caklempong yang popular di Negeri Sembilan. 
  • Seruling dilagukan dengan meniup hujung bahagian atas dan meletakkan jari diatas lubang lubang yang terdapat pada badan seruling.
Idiofon
Alat muzik dalam kategori ini merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi secara spontan melalui kaedah kaedahs perti melagakan, menggoyangkan dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi alat muzik tersebut. 
Antara contoh alat muzik dalam kategori ini adalah gong, canang, caklempong dan angklung.
  1. Angklung
  • Ia diperbuat daripada batang batang buluh dengan ukuran panjang yang berbeza antara satu sama lain dan setiap satunya mempunyai pic yang tertentu. batang batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujung yang lain. Dua hingga tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak dan menghasilkan bunyi apabila bingkai ini digoncang. 
  • Angklung digunakan dalam muzik iringan bagi tarian kuda kepang di Johor. Keupayaan angklungs sebagai alat muzik tidak terhad kepada persembahan kebudayaan tradisonal sahaja, malahan ia juga digunakan untuk memainkan lagu lagu berentak moden. Alat muzik ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai satu alat muzik warisan dunia
    2. Caklempong
  • Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. 
  • Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu.
  • Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

Monday 17 October 2011

Pergerakan Asas - Bahagian 1

Terdapat beberapa pergerakan asas yang boleh diajarkan kepada murid murid. Pergerakan boleh memberi warna kepada muzik yang dimainkan. Dalam entri ini, 7 pergerakan akan diterangkan.

Petunjuk menepuk irama : 

  • Tum : tekanan pada bit
  • Ta : bit pendek
  • & :  Berhenti seketika atau menukar aksi
Pergerakan 1 : Jalan
Langkah kaki yang berterusan dengan berselang seli, seiringan itu, tangan diayun berlawanan dengan kaki ; langkah kiri kanan dan tangan kiri ke hadapan
Tiada ketetapan khusus bagi tempo, arah dan aras untuk pergerakan ini.
Tepuk : tum, tum, tum, tum


Pergerakan 2 : Lari
Dalam pergerakan ini, langkah cepat yang sekata dilakukan dalam jarak dan dinamik tenaga yang pelbagai. Ia dilakukan dengan satu kaki menolak kepada kaki yang satu lagi. Seiringan itu, tangan diayun berlawanan dengan kaki dan ia mempunyai banyak arah dan aras tenaga. 
Tepuk pantas : ta, ta, ta, ta, ta, ta, ta,



Pergerakan 3 : Kawad
Pergerakan ini melibatkan langkah bersemangat yang sekata; kaki yang menyokong hendaklah sentiasa lurus manakala kaki yang diangkat bengkok dilutut dan paha selari dengan lantai. Pergerakan ini mempunyai banyak arah dan corak serta tangan diayun berlawanan dengan kaki.
Tepuk : tum, tum, tum, tum, tum



Pergerakan 4 : Gallop
Pergerakan berirama ini dilakukan dengan kaki yang sama melangkah ke hadapan dan satu kaki melangkah ke hadapan dan kaki belakang menolak  sambil menghenjut. Tangan diayun berlawanan dengan kaki.
Tepuk: ta tum, ta tum, ta tum, ta tum


Pergerakan 5 : Seret
Langkah asas dengan lutut bengkok sedikit sementara sebelah kaki lagi diseret dilantai. Satu kaki mendahului  dan sebelah lagi diseret untuk rapat dan seterusnya. Posisi tangan pelbagai samada:
  • Tangan di pinggang
  • Tangan depa di sisi
  • Tangan di ayun berlawanan dengan kaki yang diseret.
Tepuk: tum, tum, tum, tum



Pergerakan 6 : Ketingting
Sentiasa dilakukan atas satu kaki dengan lompatan yang terhentihenti. Ketingting biasanya dilakukan dalam beberapa urutan. Untuk mengimbang; Tangan dipinggang atau depa di sisi

Tepuk: Ta, ta, ta, ta. Ta, ta, ta, ta




Pergerakan 7 : Lompat
Dilakukan dengan kedua-dua belah kaki meninggalkan lantai dan menjejak ke lantai secara bersama. Ketika  meninggalkan lantai, bengkokkan lutut dan kedua-dua kaki menekan ke lantai bagi mendapatkan tenaga untuk menolak ke atas. Ketika menjejak ke lantai, kedua-dua belah kaki menjejak dengan yakin secara berurutan: mula depan kaki, kemudian tumit, kemudian lutut bengkok untuk menyerap kejutan ketika menjejak. Tangan Depa disisi untuk mengimbang.
Tepuk: tum, tum, tum, tum



Sunday 16 October 2011

Pergerakan Berdasarkan Lirik dan Tempo Lagu

Melalui irama dan tempo lagu, murid murid boleh diajar untuk melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu tersebut. Murid murid bebas untuk melakukan pergerakan mereka sendiri sambil menyanyikan lagu yang dimainkan. Contoh lagu yang boleh dimainkan adalah lagu Gajah Menari


LAGU KSSR TAHUN 1

 Pengenalan Mud Melalui Lagu
Muzik dan lagu boleh dijadikan medium untuk menggambarkan perasaan atau pun mud sesorang. Elemen ini turut boleh diterapkan dalam proses pengajaran . Bagi proses permulaan. mood yang mudah difahami boleh ditonjolkan. Contoh mud adalah seperti gembira dan sedih.

Bagi mud gembira, lagu bertajuk Suka Hati boleh dimainkan bagi membantu murid memahami mud tersebut.



Sementara itu, mud seperti marah dan takut boleh digambarkan menerusi lagi seterusnya yang bertajuk Siapa Gurau Senda. Melalui lagu ini juga, murid murid dapat diuji tentang haiwan haiwan dan diperkenalkan dengan bunyi yang dihasilkan oleh haiwan.