Saturday, 15 October 2011

Lagu Tahun 1 : Selamat Pagi


Lirik Selamat Pagi :

Selamat Pagi
Kami ucapkan
Kepada guru dan juga kawn
La la la li lu
La la la li lu
La la la li lu
La.. La.. La
La la la li lu
La la la li lu
La la la li lu
La.. La.. La
Nota tambahan : 
Lagu ini mempunyai irama dalam bentuk detik lagu. Dalam proses pembelajaran,  murid boleh diajak untuk menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan dan melakukan pergerakan mengikut muzik. Tempo lagu yang asalnya lambat boleh dilajukan mengikut kesesuaian. Ketika lagu dinyanyikan, murid murid boleh diajar untuk menepuk tangan seiring dengan tempo lagu yang dimainkan.

Di sebalik tabir Muzik.....

Di dalam paranada terdapat garis-garis yang memisahkan not-not dengan jumlah ketukan sesuai tanda birama yang ada misalnya 4/4 maka setiap 4 ketukan dipisahkan oleh garis yang disebut garis birama atau garis bar.

Garis Bar


Pada setiap garis dan di antara garis-garis, kita tempatkan not atau nada-nada c, d, e, f, g, a, b, c dst. Penempatan sesuai dengan kunci yang kita gunakan, misalnya do=c maka pada garis 1 terletak nada
3 (mi) atau e.

 Pada awal paranada biasanya kita menempatkan “kunci” yang disebut “clef”. Ada bermacam-macam clef: treble, bass, tenor, dan alto. Namun biasanya yang umum digunakan adalah clef treble dan bass.




kleft trebel

klef bass

Penggunaan clef treble dan bass secara bersamaan disebut “grand staff”

Menempatkan Not dalam Paranada.

Penempatan not-not dalam paranada harus memperhatikan kunci yang digunakan, misalnya dengan cleff treble, do=c maka kita harus menambahkan satu garis di bawah.

Di bawah garis tambahan masih boleh ditambah lagi, demikian juga ke atas masih boleh ditambah lagi sesuai dengan keperluan not rendah atau tinggi yang diperlukan dalam sebuah lagu, memerlukan berapa oktaf. Satu oktaf terdiri dari 8 nada.

c, d, e, f, g, a, b, c, d, e, f, g, a, b, c, dst.

c     d     e     f      g     a     b     c

1     2     3     4     5     6      7   i

Lambang-Lambang Not Balok.

Not Penuh (1) = nada 4 ketuk. Gambar bulatan kosong.
Not Setengah (1/2) = 2 ketuk.Gambar bulatan kosong dengan tiang.
Not Seperempat (1/4) = 1 ketuk. Gambar bulatan dihitamkan dengan tiang.
Not Seperdelapan (1/8) = 1/2 ketuk. Gambar bulatan dihitamkan, tiang, bendera 1.
Not Seperenambelas (1/16) = 1/4 ketuk. Gambar bulatan dihitamkan, tiang, bendera 2.
 

Tanda Titik.

Tanda titik ditempatkan di belakang not balok. Nilai tanda titik adalah setengah dari not di depannya. Bila not di depannya adalah not penuh (1) = 4 ketuk, maka tanda titik bernilai setengah (1/2) = 2 ketuk, dan seterusnya.

4+2=6 ketuk              2+1=3 ketuk       11/2 ketuk   3/4 ketuk

Tanda Rehat

Tanda rehat adalah tanda yang melambangkan sebuah lagu harus berhenti baik di tengah maupun di akhir sebuah lagu. Tanda diam dalam notasi do, re, mi, dilambangkan dengan angka 0. Dalam not balok tanda diam mempunyai lambang-lambang sesuai dengan nilai atau lamanya diam.

Tanda rehat 4 ketuk                2 ketuk        1 ketuk     1/2     1/4

Tempo dan Dinamik.

Cressendo < ertinya lagu dinyanyikan dengan kuat

De Cressendo > ertinya lagu dinyanyikan melembut.

Vivace ertinya gembira, hidup.

Adagio ertinya amat sangat lambat.

Prestissimo ertinya amat sangat cepat.

Largheno ertinya lambat.

Di Marcia ertinya seperti orang berbaris.

Maestoso ertinya khidmad, agung, dan mulia.

Con brio ertinya semangat bergelora.

Allegreto ertinya ringan, hidup, dan gembira.

Con bravura ertinya gagah.

ff = fortissimo ertinya kuat.

pp = pianissimo ertinya sangat lambat

p = piano ertinya lambat/lembut

Alat Muzik Tradisional Malaysia (Kordofon & Membranofon)

Penggunaan alat muzik tradisional di negara ini bukan sahaja bertujuan untuk menghasilakan muzik. Ia juga merupakan bahan estetika yang amat penting dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa di negara ini. ia digunakan sebagai penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utamanya sebagai alat hiburan.

Secara umumnya, alat muzik tradisional Malaysia dapat dibahagikan kepada lima kategori utama. Kategori-kategorinya adalah :
  1. Kordofon
  2. Membranofon
  3. Erofon
  4. Idiofon
  5. Erofon Bebas.
 Kordofon.

 Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan.  Alay muzik dalam kumpulan ini dikategorikan berdasarkan hubungan antara bunyi dengan komponen resonans. Komponen resonans memimik getaran asal dan bergetar dengan bunyi yang lebih kuat berbanding dengan bunyi getaran asal. Sub kategori kordofon bergantung pada cara tali pada instrumen dimainkan (dipetik atau digesek) dan jenis komponen resonans. Alat-alat muzik seperti rebab, biola, gambus, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Sub-kategori bagi kategori ini adalah seperti berikut :
  • Zither : Dalam kategori ini,tali diregangkan merentasi komponen resonans atau di antara dua komponen resonans. Komponen resonans boleh jadi satu tiub berongga, bentuk labu, kotak berongga atau mungkin lubang di atas tanah. Sesetengahnya mempunyai ruang untuk ditekan dengan jari (fingerboards) sama ada berfret atau tidak, dan sesetengahnya mempunyai berbilang tali yang diregangkan di antara dua komponen resonans dan dimainkan sama ada dengan mengetuk tali (piano, hammered dulcimer) atau memetik tali (harpsichord or Appalachian dulcimer)
  • Lute : Dalam kumpulan kecapi lutes, tali diregang merentasi komponen resonan dan mempunyai leher (neck) dan dimainkan sama ada dengan memetik tali (gitar,banjo sape, bilikan, gambus, sundatang atau menggunakan penggesek (violin,rebab, fiddle)

Contoh kordofon dari sub-kategori lute (rebab)
  • Lyre : tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang dipisahkan oleh suatu ruang.
  • Harp : tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang berbentuk seperti leher tetapi lebih kecil dan bersudut berbanding kumpulan kecapi(seperti harp orkestra dan harp Irish
  • Bow : tali diregang dari satu hujung ke hujung yang lain sama ada merentasi komponen resonans atau tidak, dan dimainkan secara petikan atau dengan penggesek (kordofon berbentuk seperti busar panah).



Contoh persembahan menggunakan instrumen dari kategori kordofon

Membranofon.
Dalam kategori membranofon, bunyi yang dihasilkan bermula dari getaran membran (sperti kulit haiwan) yang teregang merentasi komponen resonans. Alat muzik dalam kategori ini boleh di sub-kategorikan lagi mengikut bentuk komponen resonans instrumen tersebut.

Sub kategori membranofon adalah :
  • Kumpulan tubular dibahagikan kepada bentuk silinder, kon, tong, panjang, berpinggang (seperti jam pasir), piala, dan berkaki seperti gedombak, gendang, geduk, klong.
  • Berbentuk seperti cerek dengan tapak yang bulat (Kettledrums,vessel drums).
  • Bentuk yang berbingkai dimana membran diregang merentasi suatu bingkai (kompang, rebana, tamborin).
  • Kumpulan mirliton dimana membran digetarkan dengan menghembus udara merentasinya. Mirliton adalah satu-satunya sub-kategori membranofon yang bukan dram.

Wednesday, 5 October 2011

KSSR-ELEMEN MUZIK DAN PENCIPTAAN DALAM P&P

erdapat beberapa model dalam elemen muzik dan penciptaan dalam P&P.





























Thursday, 15 September 2011

Artikel - Kepentingan Pendidikan Muzik Di Sekolah



Ramai orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.


Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.

Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain. Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.


Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit. Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?

Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun. Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik. Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.

Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung. Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah. Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.

Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula. Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu. Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik.

Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu. Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.

Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin. Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.

Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya. Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain. Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan.

Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi. Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja. Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.

Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan. Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?