Monday 14 November 2011

Contoh Rancangan Mengajar Tahun 1 (KSSR)

Perkusi Bahagian 2 : Kemahiran dan Teknik Asas Permainan Alat Perkusi Pendidikan Muzik Tahap 1 ( Tahun 1 , 2 dan 3)

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi


Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :


  • Menunggu giliran mengikut skor.
  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.
  • Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.


Kerincing


Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.

Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.


Kastanet
Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.


Tamborin

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.


Tik-Tok

Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok 
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.








Perkusi (Bahagian 1 : Pengenalan)

Definisi perkusi menurut Kamus Oxford adalah: alat muzik yang dimainkan secara diketuk, dipukul atau dipukul. Namun begitu, definisi ini tidak mencukupi kerana skop perkusi begitu besar. Sebenarnya perkusi bermaksud alat muzik yang dimainkan secara diketuk, digoncang, dogosok atau digarikkan.


Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen atau menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. 

Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya


KEMAHIRAN MEMAINKAN PERKUSI


Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :


  1. Menunggu giliran mengikut skor.
  2. Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama
  3. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan
  4. Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik
  5. Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin

Muzik dan Pergerakan

Sunday 23 October 2011

Pergerakan Asas - Bahagian 2

Sambungan kepada entri pergerakan yang telah dipublish sebelum ini. Terdapat beebrapa lagi jenis pergerakan yang akan diterangkan dalam entri kali ini.


  • Loncat :  loncatan besar dari satu kaki ke satu kai dan seterusnya. Ketika bertukar, kaki yang menjejak akan menolak naik dan ketika kaki menjejak, lutut dibengkokkan agar memberi tenaga untuk menolak naik. Keseluruhan kaki diregangkakan ketika meloncat. Tangan dihayun berlawanan dengan kaki hingga ke paras bahu untuk mengembang. Tepuk : Tum, Tum, Tum, Tum

  • Kayuh berjengket : kaki dilantai, satu kaki diregangkan menjengket dan dilakukan secara berselang seli. Kedua dua kaki rapat dan terletak selari. Tangan diletakkan di pinggang atau didepakan ke sisi untuk mengimbangkan badann. Temponya lambat kemudian cepat

  • Prencing : Ia dilakukan sperti kayuh berjengket tetap kaki yang aktif diangkat sedikit dari paras lantai sambil benundingkan jari kaki ke lantai. Setiap kali menukar kaki, henjutan ditambah dengan membengkokkan lutut pada kaki yang menyokong. aturan kaki adalah berselang seli ; kiri, kanan, kiri, kanan dan seterusnya. Ia boleh dilakukan setempat atau bergerak kehadapan dan kebelakang. Tepuk : Tum tum tum tum

  • Toe Pointing : Dilakukan dalam keadaan berdiri setempat, kaki yang menyokong berdiri lurus manakala kaki yang beraksi menunding sambil jari kaki mengetuk lantai dengan kiraan 1,2,3. Pada kiraan ke 4, kaki yang beraksi rapat ke tempat asal dan ia dilakukan secara berselang seli selepas kiraan ke 4. Tangan di depakan ke sisi untuk mengimbangi badan. Tepuk : tum tum tum tum

  • Skip : Urutan langkah ketinting dengan bertukar kaki selepas ketingting. Lulut diangkat, paha selari dengan lantai. tangan diayuh daripada bahu, satu ke hadapan, satu ke belakang, berlawanan dengan lutut yang diangkat. Tepuk : tum ta, tum ta, tum ta, tum ta

  • Waltz : ia merupakan set 3 langkah berjalan secara berselang seli. Satu kiraan bagi setiap satu langkah. Kiraan satu ditekankan dengan membengkokkan lutut sedikit ketika melangkah. Tangan di depakan di sisi untuk mengimbang. Tepuk : tum ta ta, tum ta ta, tum ta ta, tum ta ta

  • Minuet:  Corak tiga langkah dengan menunding jari kaki ke lantai pada kiraan ke empat. Mula melangkah dengan kaki yang akan menunding ke lantai, tangan didepakan ke sisi. Tepuk tum,tum, tum, tum & tum,tum,tum,tum

  • Schottische: Urutan 3 langkah berjalan dengan melakukan ketingting pada kiraan ke-4 pada kaki yang sama melangkah pada kiraan ke 3. Tangan dicekakkak di pinggang untuk mengimbang. Tepuk : tum, tum,tum,tum

  • Polka: Urutan dua gallop, dengan bertukar kaki selepas gallop ke dua, tangan diayunkan secara berlawanan dengan kaki. Tepuk : tum ta tum& tum ta tum & tum ta tum & tum ta tum

Saturday 22 October 2011

Alat Muzik Tradisional Malaysia (Erofon, Idiofon dan Erofon Bebas)

Dalam entri ini, tiga lagi kategori alat muzik tradisional akan dibincangkan. Kategori-kategori itu ialah Erofon, dan Idiofon.


Erofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin pada lubang udara. 
Contoh : serunai, seruling, selumpit, selumpit dan nafiri.


  1. Serunai
  • Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. 
  • Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. 
  • Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.




2.Seruling
  • Sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan datang dengan beberapa bentuk rekaan yang mempunyai bilangan lubang yang berbeza.
  • Alat muzik ini merupakan alat muzik tempatan bagi kepulauan Asia Tenggara. Sebagai contoh, seruling digunakan dalam persembahan caklempong yang popular di Negeri Sembilan. 
  • Seruling dilagukan dengan meniup hujung bahagian atas dan meletakkan jari diatas lubang lubang yang terdapat pada badan seruling.
Idiofon
Alat muzik dalam kategori ini merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi secara spontan melalui kaedah kaedahs perti melagakan, menggoyangkan dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi alat muzik tersebut. 
Antara contoh alat muzik dalam kategori ini adalah gong, canang, caklempong dan angklung.
  1. Angklung
  • Ia diperbuat daripada batang batang buluh dengan ukuran panjang yang berbeza antara satu sama lain dan setiap satunya mempunyai pic yang tertentu. batang batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujung yang lain. Dua hingga tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak dan menghasilkan bunyi apabila bingkai ini digoncang. 
  • Angklung digunakan dalam muzik iringan bagi tarian kuda kepang di Johor. Keupayaan angklungs sebagai alat muzik tidak terhad kepada persembahan kebudayaan tradisonal sahaja, malahan ia juga digunakan untuk memainkan lagu lagu berentak moden. Alat muzik ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai satu alat muzik warisan dunia
    2. Caklempong
  • Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. 
  • Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu.
  • Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

Monday 17 October 2011

Pergerakan Asas - Bahagian 1

Terdapat beberapa pergerakan asas yang boleh diajarkan kepada murid murid. Pergerakan boleh memberi warna kepada muzik yang dimainkan. Dalam entri ini, 7 pergerakan akan diterangkan.

Petunjuk menepuk irama : 

  • Tum : tekanan pada bit
  • Ta : bit pendek
  • & :  Berhenti seketika atau menukar aksi
Pergerakan 1 : Jalan
Langkah kaki yang berterusan dengan berselang seli, seiringan itu, tangan diayun berlawanan dengan kaki ; langkah kiri kanan dan tangan kiri ke hadapan
Tiada ketetapan khusus bagi tempo, arah dan aras untuk pergerakan ini.
Tepuk : tum, tum, tum, tum


Pergerakan 2 : Lari
Dalam pergerakan ini, langkah cepat yang sekata dilakukan dalam jarak dan dinamik tenaga yang pelbagai. Ia dilakukan dengan satu kaki menolak kepada kaki yang satu lagi. Seiringan itu, tangan diayun berlawanan dengan kaki dan ia mempunyai banyak arah dan aras tenaga. 
Tepuk pantas : ta, ta, ta, ta, ta, ta, ta,



Pergerakan 3 : Kawad
Pergerakan ini melibatkan langkah bersemangat yang sekata; kaki yang menyokong hendaklah sentiasa lurus manakala kaki yang diangkat bengkok dilutut dan paha selari dengan lantai. Pergerakan ini mempunyai banyak arah dan corak serta tangan diayun berlawanan dengan kaki.
Tepuk : tum, tum, tum, tum, tum



Pergerakan 4 : Gallop
Pergerakan berirama ini dilakukan dengan kaki yang sama melangkah ke hadapan dan satu kaki melangkah ke hadapan dan kaki belakang menolak  sambil menghenjut. Tangan diayun berlawanan dengan kaki.
Tepuk: ta tum, ta tum, ta tum, ta tum


Pergerakan 5 : Seret
Langkah asas dengan lutut bengkok sedikit sementara sebelah kaki lagi diseret dilantai. Satu kaki mendahului  dan sebelah lagi diseret untuk rapat dan seterusnya. Posisi tangan pelbagai samada:
  • Tangan di pinggang
  • Tangan depa di sisi
  • Tangan di ayun berlawanan dengan kaki yang diseret.
Tepuk: tum, tum, tum, tum



Pergerakan 6 : Ketingting
Sentiasa dilakukan atas satu kaki dengan lompatan yang terhentihenti. Ketingting biasanya dilakukan dalam beberapa urutan. Untuk mengimbang; Tangan dipinggang atau depa di sisi

Tepuk: Ta, ta, ta, ta. Ta, ta, ta, ta




Pergerakan 7 : Lompat
Dilakukan dengan kedua-dua belah kaki meninggalkan lantai dan menjejak ke lantai secara bersama. Ketika  meninggalkan lantai, bengkokkan lutut dan kedua-dua kaki menekan ke lantai bagi mendapatkan tenaga untuk menolak ke atas. Ketika menjejak ke lantai, kedua-dua belah kaki menjejak dengan yakin secara berurutan: mula depan kaki, kemudian tumit, kemudian lutut bengkok untuk menyerap kejutan ketika menjejak. Tangan Depa disisi untuk mengimbang.
Tepuk: tum, tum, tum, tum



Sunday 16 October 2011

Pergerakan Berdasarkan Lirik dan Tempo Lagu

Melalui irama dan tempo lagu, murid murid boleh diajar untuk melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu tersebut. Murid murid bebas untuk melakukan pergerakan mereka sendiri sambil menyanyikan lagu yang dimainkan. Contoh lagu yang boleh dimainkan adalah lagu Gajah Menari


LAGU KSSR TAHUN 1

 Pengenalan Mud Melalui Lagu
Muzik dan lagu boleh dijadikan medium untuk menggambarkan perasaan atau pun mud sesorang. Elemen ini turut boleh diterapkan dalam proses pengajaran . Bagi proses permulaan. mood yang mudah difahami boleh ditonjolkan. Contoh mud adalah seperti gembira dan sedih.

Bagi mud gembira, lagu bertajuk Suka Hati boleh dimainkan bagi membantu murid memahami mud tersebut.



Sementara itu, mud seperti marah dan takut boleh digambarkan menerusi lagi seterusnya yang bertajuk Siapa Gurau Senda. Melalui lagu ini juga, murid murid dapat diuji tentang haiwan haiwan dan diperkenalkan dengan bunyi yang dihasilkan oleh haiwan.

Saturday 15 October 2011

Lagu Tahun 1 : Selamat Pagi


Lirik Selamat Pagi :

Selamat Pagi
Kami ucapkan
Kepada guru dan juga kawn
La la la li lu
La la la li lu
La la la li lu
La.. La.. La
La la la li lu
La la la li lu
La la la li lu
La.. La.. La
Nota tambahan : 
Lagu ini mempunyai irama dalam bentuk detik lagu. Dalam proses pembelajaran,  murid boleh diajak untuk menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan dan melakukan pergerakan mengikut muzik. Tempo lagu yang asalnya lambat boleh dilajukan mengikut kesesuaian. Ketika lagu dinyanyikan, murid murid boleh diajar untuk menepuk tangan seiring dengan tempo lagu yang dimainkan.

Di sebalik tabir Muzik.....

Di dalam paranada terdapat garis-garis yang memisahkan not-not dengan jumlah ketukan sesuai tanda birama yang ada misalnya 4/4 maka setiap 4 ketukan dipisahkan oleh garis yang disebut garis birama atau garis bar.

Garis Bar


Pada setiap garis dan di antara garis-garis, kita tempatkan not atau nada-nada c, d, e, f, g, a, b, c dst. Penempatan sesuai dengan kunci yang kita gunakan, misalnya do=c maka pada garis 1 terletak nada
3 (mi) atau e.

 Pada awal paranada biasanya kita menempatkan “kunci” yang disebut “clef”. Ada bermacam-macam clef: treble, bass, tenor, dan alto. Namun biasanya yang umum digunakan adalah clef treble dan bass.




kleft trebel

klef bass

Penggunaan clef treble dan bass secara bersamaan disebut “grand staff”

Menempatkan Not dalam Paranada.

Penempatan not-not dalam paranada harus memperhatikan kunci yang digunakan, misalnya dengan cleff treble, do=c maka kita harus menambahkan satu garis di bawah.

Di bawah garis tambahan masih boleh ditambah lagi, demikian juga ke atas masih boleh ditambah lagi sesuai dengan keperluan not rendah atau tinggi yang diperlukan dalam sebuah lagu, memerlukan berapa oktaf. Satu oktaf terdiri dari 8 nada.

c, d, e, f, g, a, b, c, d, e, f, g, a, b, c, dst.

c     d     e     f      g     a     b     c

1     2     3     4     5     6      7   i

Lambang-Lambang Not Balok.

Not Penuh (1) = nada 4 ketuk. Gambar bulatan kosong.
Not Setengah (1/2) = 2 ketuk.Gambar bulatan kosong dengan tiang.
Not Seperempat (1/4) = 1 ketuk. Gambar bulatan dihitamkan dengan tiang.
Not Seperdelapan (1/8) = 1/2 ketuk. Gambar bulatan dihitamkan, tiang, bendera 1.
Not Seperenambelas (1/16) = 1/4 ketuk. Gambar bulatan dihitamkan, tiang, bendera 2.
 

Tanda Titik.

Tanda titik ditempatkan di belakang not balok. Nilai tanda titik adalah setengah dari not di depannya. Bila not di depannya adalah not penuh (1) = 4 ketuk, maka tanda titik bernilai setengah (1/2) = 2 ketuk, dan seterusnya.

4+2=6 ketuk              2+1=3 ketuk       11/2 ketuk   3/4 ketuk

Tanda Rehat

Tanda rehat adalah tanda yang melambangkan sebuah lagu harus berhenti baik di tengah maupun di akhir sebuah lagu. Tanda diam dalam notasi do, re, mi, dilambangkan dengan angka 0. Dalam not balok tanda diam mempunyai lambang-lambang sesuai dengan nilai atau lamanya diam.

Tanda rehat 4 ketuk                2 ketuk        1 ketuk     1/2     1/4

Tempo dan Dinamik.

Cressendo < ertinya lagu dinyanyikan dengan kuat

De Cressendo > ertinya lagu dinyanyikan melembut.

Vivace ertinya gembira, hidup.

Adagio ertinya amat sangat lambat.

Prestissimo ertinya amat sangat cepat.

Largheno ertinya lambat.

Di Marcia ertinya seperti orang berbaris.

Maestoso ertinya khidmad, agung, dan mulia.

Con brio ertinya semangat bergelora.

Allegreto ertinya ringan, hidup, dan gembira.

Con bravura ertinya gagah.

ff = fortissimo ertinya kuat.

pp = pianissimo ertinya sangat lambat

p = piano ertinya lambat/lembut

Alat Muzik Tradisional Malaysia (Kordofon & Membranofon)

Penggunaan alat muzik tradisional di negara ini bukan sahaja bertujuan untuk menghasilakan muzik. Ia juga merupakan bahan estetika yang amat penting dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa di negara ini. ia digunakan sebagai penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utamanya sebagai alat hiburan.

Secara umumnya, alat muzik tradisional Malaysia dapat dibahagikan kepada lima kategori utama. Kategori-kategorinya adalah :
  1. Kordofon
  2. Membranofon
  3. Erofon
  4. Idiofon
  5. Erofon Bebas.
 Kordofon.

 Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan.  Alay muzik dalam kumpulan ini dikategorikan berdasarkan hubungan antara bunyi dengan komponen resonans. Komponen resonans memimik getaran asal dan bergetar dengan bunyi yang lebih kuat berbanding dengan bunyi getaran asal. Sub kategori kordofon bergantung pada cara tali pada instrumen dimainkan (dipetik atau digesek) dan jenis komponen resonans. Alat-alat muzik seperti rebab, biola, gambus, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Sub-kategori bagi kategori ini adalah seperti berikut :
  • Zither : Dalam kategori ini,tali diregangkan merentasi komponen resonans atau di antara dua komponen resonans. Komponen resonans boleh jadi satu tiub berongga, bentuk labu, kotak berongga atau mungkin lubang di atas tanah. Sesetengahnya mempunyai ruang untuk ditekan dengan jari (fingerboards) sama ada berfret atau tidak, dan sesetengahnya mempunyai berbilang tali yang diregangkan di antara dua komponen resonans dan dimainkan sama ada dengan mengetuk tali (piano, hammered dulcimer) atau memetik tali (harpsichord or Appalachian dulcimer)
  • Lute : Dalam kumpulan kecapi lutes, tali diregang merentasi komponen resonan dan mempunyai leher (neck) dan dimainkan sama ada dengan memetik tali (gitar,banjo sape, bilikan, gambus, sundatang atau menggunakan penggesek (violin,rebab, fiddle)

Contoh kordofon dari sub-kategori lute (rebab)
  • Lyre : tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang dipisahkan oleh suatu ruang.
  • Harp : tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang berbentuk seperti leher tetapi lebih kecil dan bersudut berbanding kumpulan kecapi(seperti harp orkestra dan harp Irish
  • Bow : tali diregang dari satu hujung ke hujung yang lain sama ada merentasi komponen resonans atau tidak, dan dimainkan secara petikan atau dengan penggesek (kordofon berbentuk seperti busar panah).



Contoh persembahan menggunakan instrumen dari kategori kordofon

Membranofon.
Dalam kategori membranofon, bunyi yang dihasilkan bermula dari getaran membran (sperti kulit haiwan) yang teregang merentasi komponen resonans. Alat muzik dalam kategori ini boleh di sub-kategorikan lagi mengikut bentuk komponen resonans instrumen tersebut.

Sub kategori membranofon adalah :
  • Kumpulan tubular dibahagikan kepada bentuk silinder, kon, tong, panjang, berpinggang (seperti jam pasir), piala, dan berkaki seperti gedombak, gendang, geduk, klong.
  • Berbentuk seperti cerek dengan tapak yang bulat (Kettledrums,vessel drums).
  • Bentuk yang berbingkai dimana membran diregang merentasi suatu bingkai (kompang, rebana, tamborin).
  • Kumpulan mirliton dimana membran digetarkan dengan menghembus udara merentasinya. Mirliton adalah satu-satunya sub-kategori membranofon yang bukan dram.

Wednesday 5 October 2011

KSSR-ELEMEN MUZIK DAN PENCIPTAAN DALAM P&P

erdapat beberapa model dalam elemen muzik dan penciptaan dalam P&P.